AMPANG JAYA 11 Julai – Menunggu masa untuk roboh. Itu kebimbangan dihadapi 44 buah keluarga di Jalan Bunga Tanjung 2, Taman Muda di sini ekoran keadaan rumah mereka yang kian retak akibat hakisan dan tanah mendap. Masalah yang berlaku sejak puluhan tahun lalu itu dibimbangi akan mengulangi kejadian 30 tahun lalu yang menyebabkan beberapa unit rumah di kawasan tersebut terpaksa dirobohkan kerana tidak lagi selamat untuk didiami. Tinjauan Utusan Malaysia…










