PUTRAJAYA 17 Julai – Sebuah restoran makanan nasi kandar terkenal dari Kedah yang beroperasi di Pusat Komersial Nadi@15, Presint 15 di sini diarahkan tutup selama dua minggu kerana didapati beroperasi dalam persekitaran yang agak kotor. Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Seri Hasim Ismail berkata, dalam pemeriksaan terdapat premis terlibat, pihaknya mendapati wujud banyak lipas dan lalat di bahagian dapur serta stor barangan makanan tidak disusun dengan teratur. “Notis penutupan terhadap…










