Remaja 15 tahun antara individu dicekup AADK - Utusan Malaysia

Remaja 15 tahun antara individu dicekup AADK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 20 Julai – Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun antara sembilan individu yang ditahan dalam Operasi Cegah (Op Cegah) yang dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sini semalam.

Dalam serbuan yang bermula kira-kira pukul 10 pagi hingga 10 malam tersebut, sembilan individu berusia antara 15 hingga 57 tahun ditahan kerana didapati positif dadah jenis syabu.

AADK dalam kenyataan memaklumkan, Op Cegah yang diketuai Ketua AADK Kota Kinabalu, Lawrence Galleh itu dijalankan di beberapa lokasi tumpuan termasuk di sekitar Putatan, Sembulan, Inanam dan Manggatal.

“Berpandukan maklumat daripada orang awam dan siasatan, operasi ini segera dilaksanakan bagi membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah terus berleluasa.

“Justeru, hasil operasi terbabit seramai sembilan lelaki tempatan telah ditahan kerana saringan ujian air kencing yang dijalankan mendapati mereka positif dadah jenis syabu atau methamphetamine,” katanya, di sini hari ini.

Tambah kenyataan tersebut, sembilan individu itu kini ditahan untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN