Razlan mohon maaf - Utusan Malaysia

Razlan mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Julai – Selepas menerima desakan bertalu-talu daripada netizen termasuk kritikan daripada bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin kerana dikatakan menghina mendiang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Ng Tien Chee dalam aplikasi Twitter, Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Mohd. Razlan Rafii akhirnya memohon maaf kepada keluarga mendiang.

Selain memohon maaf, Razlan turut mengucapkan takziah kepada keluarga Tien Chee.

“Saya ucapkan takziah kepada keluarga dan bersimpati kepada pemergian Eddie, maaf kepada keluarga mendiang, semoga tenang di sana,” katanya menerusi Twitter hari ini.

Terdahulu menerusi Twitter pagi tadi, Razlan memuat naik kenyataan dengan mengaitkan mendiang sebagai kaki fitnah sekali gus mengundang kritikan pelbagai pihak.

Walau bagaimanapun, Razlan kemudiannya telah memadam status berkenaan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN