Raja-Raja Melayu tubuh jawatankuasa tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam - Utusan Malaysia

Raja-Raja Melayu tubuh jawatankuasa tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Raja-raja Melayu berkenan menubuhkan Jawatankuasa Tertinggi Institusi Hal Ehwal Islam peringkat Persekutuan bagi tujuan penambahbaikan institusi Islam di peringkat persekutuan.

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata, jawatankuasa tertinggi itu melibatkan lima anggota yang dipengerusikan Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Orang Kaya-kaya Imam Paduka Tuan (Perak) Datuk Dr. Afifi al-Akiti sebagai timbalan. 

Tiga anggota lain adalah Prof. Tan Sri Dr. Mohd. Kamal Hassan, Datuk Nooh Gadot dan Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Kesemua mereka dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dengan perkenan Raja-raja Melayu yang bersidang pada 10 Julai lepas, menjelang Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-249.

Syed Danial berkata, fungsi jawatankuasa itu adalah bagi mengkaji kedudukan pengurusan hal ehwal Islam di peringkat persekutuan, latar belakang penubuhan, bidang kuasa serta keberkesanan agensi agama yang sedia ada termasuk agensi perundangan dan penghakiman syariah di peringkat persekutuan. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN