MUAR 8 Julai – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman mahu memupuk budaya mementingkan kebersihan di tempat awam termasuk fasiliti sukan seperti di stadium. Ahli Parlimen Muar itu mengakui mahu mencipta budaya baharu supaya menjadi ikutan, terutamanya golongan muda seperti yang diamalkan warga Jepun. “Saya mahukan budaya ini menjadi ikutan, itu yang saya nak terapkan kerana kalau kita lihat orang Jepun mereka nampak sampah terus angkat. “Kadangkala kalau…










