Pulau Pinang mahu tubuh pusat khas jagaan warga emas - Utusan Malaysia

Pulau Pinang mahu tubuh pusat khas jagaan warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 23 Julai – Kerajaan negeri berhasrat menyediakan sebuah pusat jagaan harian khusus untuk warga emas bagi membolehkan mereka menjalankan pelbagai aktiviti riadah dengan lebih selesa.

CHOW KON YEOW

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, cadangan itu telah dibincangkan dalam beberapa mesyuarat Exco negeri sebelum ini.

“Pada mesyuarat tersebut, saya juga menyarankan kepada mana-mana persatuan yang ada bangunan di pusat bandar supaya menggunakan premis tersebut untuk warga emas.

“Lagipun, kebanyakan ba­ngunan mereka ketika ini kosong dan tiada berpenghuni,” katanya selepas melawat penghuni rumah Persatuan Penyayang Warga Tua Pulau Pinang (PSCCA) di Jalan Thomas, Jelutong, di sini kelmarin.

Kon Yeow berkata, dengan adanya pusat jagaan harian itu nanti, kehidupan warga emas tidak lagi kesunyian dan mereka juga boleh keluar rumah untuk berinteraksi dengan warga emas lain di situ.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya akan meneliti permohonan PSCCA untuk mendapatkan tanah bagi membolehkan rumah kebajikan itu menempatkan lebih ramai penghuni pada satu-satu masa selepas ini.

Ketika ini, katanya, rumah PSCCA yang ditubuhkan sejak lebih enam tahun lalu itu mampu menampung seramai 10 penghuni lelaki dan 10 penghuni wanita sahaja.

“Kita dimaklumkan bahawa selama ini pun mereka mampu ‘bertahan’ disebabkan sum­bangan berterusan yang diterima daripada orang ramai serta sektor korporat selain peruntukan wakil rakyat.

“Jadi, kita akan melihat bentuk bantuan yang boleh disalurkan lagi kepada mereka selepas ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN