PSIS rangkul emas Anugerah Harta Intelek Negara (AHIN) 2018 Zon Tengah - Utusan Malaysia

PSIS rangkul emas Anugerah Harta Intelek Negara (AHIN) 2018 Zon Tengah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM 10 Julai – Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) berjaya merangkul pingat emas Anugerah Harta Intelek Negara (AHIN) 2018 bagi zon tengah yang melibatkan penyertaan dari Selangor dan Negeri Sembilan pada 3 Julai lalu.

Penyelaras pasukan, Shahrizan Mohd. Razali berkata, kejayaan tersebut diperoleh menerusi keberhasilan tiga pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) institusi itu Muhammad Safiq Mohd. Ishak, 20; Mohamad Haziq Fikri Zulkefli, 22, dan Muhamad Azlan Yusob, 20,menghasilkan idea serta reka bentuk Sistem Pelupusan Jarum Automatik (ANDS) sekaligus menewaskan 64 peserta lain.

Sistem itu katanya mampu diaplikasi serta dikembangkan dalam pelbagai sektor sama ada perubatan, perkilangan dan sebagainya.

“Kejayaan ini membolehkan pasukan PSIS membawa pulang wang tunai RM1,100 serta melayakkan diri untuk mewakili zon tengah ke AHIN 2018 peringkat kebangsaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Shahrizan, kejayaan tersebut diharap dapat menyuntik semangat pasukan PSIS untuk merangkul pingat emas di AHIN 2018 peringkat kebangsaan nanti. – UTUSAN ONLINE. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN