PRU-14 mengubah landskap politik - Utusan Malaysia

PRU-14 mengubah landskap politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Majlis Raja-Raja menzahirkan penghargaan kepada pelbagai pihak yang membantu bagi memboleh­kan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) 9 Mei lalu berlangsung dalam keadaan aman dan tenteram.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang mempengerusikan hari pertama Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-249 di Istana Negara semalam bertitah, pemilihan pe­ngundi menghasilkan satu keputusan pi­lihan raya yang mengubah landskap politik dan me­nempa satu sejarah baharu dalam negara.

“Proses peralihan kuasa berlangsung secara teratur, tenteram dan aman membuktikan rakyat Malaysia telah mempamerkan sifat kematangan berpolitik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Warga Malaysia membuktikan kepada dunia bahawa amalan demokrasi di negara ini bukan sahaja berakar subur, malah te­lah mencapai tahap kedewasaan,” titah baginda yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Sultan Nazrin bertitah, tidak boleh dinafikan bahawa intensiti ketika berkempen menyebabkan rakyat terbahagi kepada dua pihak bertentangan, namun baginda percaya usaha mengembalikan perpaduan rakyat dapat dilakukan.

“Demi masa depan negara, usaha ke arah mengembalikan perpa­duan rakyat wajib dirintis dengan mengamalkan budaya demokrasi yang tinggi, menjunjung sema­ngat inklusif bahawa yang menang tidak menang semua manakala yang tewas, tidak pula tewas semua,” titah baginda.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×