Projek Perumahan Padang Setengga akan diteruskan - Utusan Malaysia

Projek Perumahan Padang Setengga akan diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU 9 Julai – Kerajaan negeri akan membantu memastikan  Projek Perumahan Padang Setengga fasa tiga dan empat yang terbengkalai hampir lapan tahun lalu, dan menjadi keluh-kesah pembelinya sekian lama dapat disambung segera selepas isu perundangan diselesaikan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri. Dr. Alias Razak berkata, projek yang melibatkan 234 pembeli merupakan salah satu  antara empat projek yang ‘sakit kritikal’ di negeri ini akan diberi keutamaan agar beban yang ditanggung mereka terlerai.

“Kita telah berbincang dengan pihak penasihat undang-undang dan akan ambil tanggungjawab mengikut lunas undang-undang selepas kes syarikat kontraktor terdahulu diselesaikan di mahkamah pada bulan Oktober ini.

“Keputusan baharu berkenaan projek ini kita akan buat dan pastikan tidak bercanggah dengan undang-undang yang ada di samping tidak membebankan pembeli dengan kos tambahan,”ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan ke tapak projek perumahan itu dan bertemu kalangan pembeli.

Difahamkan, projek di kawasan perumahan itu  bagi fasa tiga dan empat itu (234 unit) mula dilaksanakan secara berperingkat sekitar tahun 2011 dan berdasarkan jadual, pemaju sepatutnya menyerahkan kunci kepada pembeli pada Ogos 2014.

Bagi ibu tunggal , Haslina Masni Hashim, 40, dia mengharapkan khabar menggembirakan selepas sekian lama menunggu untuk mempunyai rumah sendiri.

“Saya menandatangani perjanjian pembelian rumah ini sekitar 2010 dengan harga sekitar RM89,000, dan mula membayar secara  berperingkat atas permintaan kontraktor pada masa berkenaan.

“Kerja pembinaannya telah bermula setahun selepas itu dan dijangka siap 2014. Malangnya, tak disiapkan sehingga kini,” ujarnya.

Menurut Haslina lagi, apa yang menyedihkan apabila  nasib pembeli masih lagi terumbang-ambing dan apabila ditanya kepada pemaju, alasan diberi ialah kegagalan kontraktor tanap sebarang jaminan bila dapat disiapkan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN