Projek KDN yang beri implikasi besar disemak semula - Utusan Malaysia

Projek KDN yang beri implikasi besar disemak semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 5 Julai – Pelaksanaan projek Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) dan beberapa projek yang mempunyai implikasi kewangan besar di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan dikaji semula.

Datuk Seri Alwi Ibrahim
ALWI

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, semakan tersebut dibuat selaras dengan penambahbaikan tadbir urus dan usaha kerajaan untuk merasionalisasikan perbelanjaan.

“KDN ingin memaklumkan bahawa KDN sedang menyemak semula pelaksanaan projek-projek yang mempunyai implikasi kewangan yang besar.

“Projek-projek tersebut termasuk projek SKIN dan projek-projek lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pemetraian projek SKIN bernilai RM3.5 bilion itu dibuat oleh KDN dan syarikat Prestariang SKIN Sdn. Bhd. (PSkin) iaitu anak syarikat Prestariang Berhad (Prestariang) pada Julai tahun lalu.

Projek tersebut dibuat bagi menambah kecekapan urusan Jabatan Imigresen bermula tahun 2021. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN