Program Jualan Anak Beranak diteruskan Khamis ini - Utusan Malaysia

Program Jualan Anak Beranak diteruskan Khamis ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 23 Julai – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri akan meneruskan penganjuran Jualan Anak Beranak pada Khamis ini berikutan sambutan luar biasa dalam program yang julung kali diadakan minggu lalu.

FAUZI MOHAMAD
FAUZI MOHAMAD

Pengarahnya, Fauzi Mohamed berkata, sebanyak 30 tan metrik buah-buahan yang turut dibawa masuk dari Pahang, Kelantan, Johor dan Kedah selain sumber tempatan akan dipasarkan dengan tawaran harga menjangkau 20 peratus lebih berbanding harga di pasaran.

Katanya, Jualan Anak Beranak itu bertujuan untuk membantu pekebun menjual secara terus kepada FAMA tanpa melalui orang tengah yang sekali gus membolehkan lebih ramai anggota masyarakat menikmati dengan harga lebih berpatutan.

“Semasa kami mulakan Khamis lalu, ada yang pulang dengan tangan kosong jadi atas permintaan ramai kita akan meneruskan program sebegini minggu depan di KT Waterfront, di tapak lebih luas berhampiran pejabat kami,” katanya di sini hari ini.

Dalam program kali pertama, sebanyak 16 tan metrik buah-buahan dipasarkan dan kesemuanya hampir habis dalam tempoh dua jam sahaja. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×