Produk lima usahawan bakal tembusi pasaran - Utusan Malaysia

Produk lima usahawan bakal tembusi pasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Julai – Permintaan positif pasaran untuk produk makanan ringan membuka peluang kepada lima usahawan ‘homemade industry’ dipilih oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk dibimbing mengembangkan jualan ke pasaran tempatan.



Pengarah Kanan Bahagian Promosi dan Pasaran Antarabangsa FAMA, Datuk Nazipah Jamaludin berkata, kelima-lima usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) yang terpilih itu akan dibantu meliputi aspek nasihat dan peningkatan kualiti produk selain bimbingan untuk menembusi pasaran.



Beliau berkata, produk yang dihasilkan memiliki potensi untuk dikembangkan walaupun pada permulaannya sekadar beroperasi dari rumah sahaja.

“Produk makanan ringan yang dihasilkan iaitu muruku, kerepek serunding dan perencah masakan dilihat mempunyai potensi diketengahkan kerana secara kasarnya, hampir 70 peratus produk usahawan IKS telah berada di pasaran dan sambutan pelanggan juga amat memuaskan.

“

“Jadi, FAMA sebagai agensi kerajaan banyak membimbing dan melahirkan usahawan, sentiasa aktif membantu mereka memperluas dan menaik taraf perniagaan menerusi bantuan geran kewangan, khidmat nasihat, pelabelan dan pembungkusan produk,” katanya dalam Pelancaran Perkasakan Produk Home Best di Ibu pejabat FAMA dekat sini, hari ini.



Menurut Nazipah, sehingga kini 6,000 usahawan telah dibimbing oleh FAMA, terlibat dalam pelbagai perniagaan berasaskan produk makanan dengan 60 peratus daripadanya merupakan kalangan usahawan IKS tempatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN