PRK Sungai Kandis: Calon PRM tarik diri saat-saat akhir - Utusan Malaysia

PRK Sungai Kandis: Calon PRM tarik diri saat-saat akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 21 Julai – Calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) menarik diri di saat-saat akhir dari bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.49 Sungai Kandis.

Ketika ditemui di luar dewan penamaan, Ahmad menyatakan keputusan itu dibuat selepas beliau menerima arahan daripada Setiausaha Agung PRM, Koh Swe Yong supaya menarik diri bagi memberikan laluan kepada Barisan Nasional (BN) dan PKR bertanding satu lawan satu.

“Niat kita (PRM) tarik diri untuk pastikan pertandingan satu lawan satu di antara BN dan PKR. Kita bukan buat gimik, kita mahu kalahkan Pakatan Harapan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN