PRK DUN Sg. Kandis: Polis Selangor kerah lebih kekuatan kontinjen - Utusan Malaysia

PRK DUN Sg. Kandis: Polis Selangor kerah lebih kekuatan kontinjen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 10 Julai – Polis Selangor akan menggunakan sepenuhnya keanggotaan kontinjennya untuk bertugas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis yang akan diadakan pada 4 Ogos nanti.

Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Mansor berkata, buat masa ini, pihaknya tidak berhasrat mengambil anggota tambahan daripada kontinjen lain untuk menjalankan tugas berikutan anggotanya mencukupi sepanjang berlangsungnya pilihan raya kecil itu.

“Bagaimanapun, jumlah keanggotaan kini sedang dinilai dan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun, bagi DUN Sungai Kandis, selain memberi fokus keselamatan pengundi, turut diberi keutamaan adalah kelancaran lalu lintas berikutan kawasan tersebut agak sempit,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Kerusi DUN Sungai Kandis kosong selepas penyandangnya iaitu Mat Shuhaimi Shafiei meninggal dunia akibat kanser limfoma, 2 Julai lalu.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×