NEW YORK 27 Julai – Aktres terkemuka Bollywood, Priyanka Chopra telah bertunang dengan penyanyi terkenal Hollywood, Nick Jonas selepas dua bulan menjalinkan hubungan.

Majalah People memetik sumber yang enggan dikenali dan rapat kepada pasangan terbabit sebagai berkata, Jonas, 25, melamar Chopra di London ketika sambutan ulang tahun kelahiran ke-36 aktres berkenaan di London baru-baru ini.
Bagaimanapun, wakil kedua-dua bintang terbabit masih belum tampil memberikan sebarang maklum balas.
Namun pengarah, Ali Abbas Zafar tampil memberi pengesahan berkaitan berita tersebut apabila dia mengumumkan Chopra telah meninggalkan filem arahannya iaitu Bharat.
“Alasannya adalah sangat istimewa. Dia memberitahu kami mengenai keputusannya dan kami tumpang gembira untuk dia,” katanya menerusi Twitter. – AFP










