Premis alat ganti tiruan diserbu - Utusan Malaysia

Premis alat ganti tiruan diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM 23 Julai – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) Seberang Perai Tengah (SPT) menyerbu sebuah premis menjual alat ganti motosikal tiruan di Jalan Nangka di sini hari ini.

Serbuan yang bermula pukul 12 tengah hari itu dibuat hasil aduan dan pemantauan yang dibuat oleh pemilik jenama selama dua minggu selepas mengesyaki premis terbabit menjual alat ganti tiruan.

Ketua Cawangan PPDNHEP SPT Mohd. Suffian Mohd. Abass berkata, operasi itu disertai oleh lapan pegawai penguat kuasa dan merampas sejumlah alat ganti motosikal terbabit.

“Kita telah jalankan pemantauan selama dua minggu hasil aduan dan maklumat daripada pemilik jenama dan mendapati premis ini menjual alat ganti tiruan untuk motosikal.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 8 (2) Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sehingga pukul 5 petang ini, pihak PPDNHEP SPT masih mengira jumlah barangan yang dirampas serta menentukan nilai rampasan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN