PPBM Pulau Pinang tapis kemasukan pemimpin UMNO - Utusan Malaysia

PPBM Pulau Pinang tapis kemasukan pemimpin UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASEK GELUGOR 13 Julai – PPBM Pulau Pinang akan menapis terlebih dahulu permohonan pemimpin UMNO negeri yang berminat menyertai parti itu bagi mengelakkan sebarang masalah pada masa hadapan.

Pengerusinya Marzuki Yahaya berkata, perkara itu perlu diberi pertimbangan serius dan perlu mendapat kelulusan Majlis Presiden sama ada menerima mereka atau tidak.

Menurutnya, setiap hari banyak permohonan untuk menjadi ahli PPBM diterima pihaknya sama ada di peringkat cawangan atau bahagian.

“Kami terbuka untuk menerima kemasukan ahli biasa UMNO malah saya yakin mereka akan berubah kepada kami tetapi untuk pimpinan, akan ada tapisan sebelum mereka diterima masuk.

“Semuanya perlu mendapat kelulusan peringkat tertinggi kerana kita tak mahu pemimpin yang masuk ada terpalit skandal,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PPBM Pulau Pinang di Sungai Dua, di sini malam tadi.

Majlis itu disempurnakan oleh Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×