WASHINGTON 31 Julai – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo semalam mencadangkan sebuah wilayah Indo-Pasifik terbuka dan bebas yang disasarkan terhadap China menjelang lawatannya ke negara Asia Tenggara termasuk Malaysia bagi mempromosikan visi strategik Amerika untuk Asia.
Pompeo akan memulakan lawatannya pada minggu ini dengan Malaysia menjadi destinasi pertama diikuti Singapura dan Indonesia bagi mengukuhkan komitmen pentadbiran Presiden Donald Trump terhadap wilayah itu selain menekankan pelucutan senjata nuklear di Korea Utara.
“Bila kita katakan tentang Indo-Pasifik yang bebas, ia bermakna kita mahu semua negara, setiap bangsa dapat untuk melindungi kedaulatan mereka daripada dipaksa mana-mana negara,” katanya menambah, ia juga bermaksud pentadbiran baik bagi melindungi hak rakyat. – AFP










