Polis terima laporan kes buli pelajar - Utusan Malaysia

Polis terima laporan kes buli pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Polis mengesahkan menerima satu laporan berhubung kejadian buli membabitkan tiga pelajar di sebuah sekolah menengah di Klang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan berkaitan kejadian berkenaan dan kes disiasat mengikut 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

“Berdasarkan laporan kita terima, kejadian berlaku ketika tiga pelajar sekolah berkenaan mengadakan latihan kawad dalam kawasan sekolah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seorang pelajar tingkatan enam sekolah itu menampar muka seorang pelajar tingkatan empat ketika mereka mengadakan latihan kawad,” katanya kepada pemberita pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri antara Asisten Komisioner Nor Azman Muhammad Yusuf dan Asisten Komisioner Harjinder Kaur.

Video berdurasi 12 saat yang tular di Facebook hari ini, memaparkan seorang pelajar ditampar seorang pelajar lain sambil disaksikan seorang rakannya ketika mereka mengadakan latihan kawad di sebuah sekolah menengah di Klang.

Sementara itu, mengulas mengenai kes pembunuhan pembantu tadbir wanita di Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad di Telok Datok, Banting dekat sini semalam, Mazlan berkata, suspek kini direman seminggu sehingga 18 Julai depan.

Mazlan berkata, kes pembunuhan tersebut dianggap selesai berdasarkan pengakuan lisan suspek lelaki berusia 28 tahun itu.

“Dalam kes ini, suspek sendiri yang menelefon polis dan memberitahu dia mencekik dan menikam mangsa.

“Seperti kita maklum, kes ini juga melibatkan provokasi melampau dan siasatan kita juga mendapati suspek mempunyai rekod rawatan berkaitan masalah mental sebelum ini,” katanya.

Dalam kejadian pada 2 petang itu, mayat Zaimah Mahmod, 57, ditemui dalam stor di pejabatnya dengan mempunyai kesan tikaman di leher dan badan selain turut dicekik. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×