GEORGE TOWN – Satu sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah tumpas selepas tertangkapnya enam individu berusia 19 hingga 37 tahun termasuk seorang wanita berusia 30 tahun dalam serbuan di negeri ini dan Kuala Nerang, Kedah kelmarin.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang sebentar tadi berkata, pihaknya turut merampas sebanyak 306 kilogram dadah disyaki jenis syabu bernilai kira-kira RM15.3 juta.
Menurutnya, dadah berkenaan yang dibungkus dalam bungkusan-bungkusan teh cina itu dipercayai bagi pasaran di negeri ini dan negara jiran.
Mohmad berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 38B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahya 1952. – K! ONLINE










