Polis akan ambil tindakan selepas Musa Aman pulang ke Malaysia - Utusan Malaysia

Polis akan ambil tindakan selepas Musa Aman pulang ke Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tindakan terhadap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman akan diambil apabila beliau pulang ke Malaysia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat maklumat bahawa Musa masih berada di United Kingdom.

“Kita tunggu dia pulang ke tanah air sebelum sebarang tindakan undang-undang boleh diambil.

“PDRM sudah maklumkan kepada pihak berkuasa di sana untuk membantu mengesan beliau,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi PDRM kali ke-38 di Hotel Kuala Lumpur International di sini hari ini.

Mohamad Fuzi menambah, sehingga kini, PDRM masih belum menghantar pasukannya ke sana untuk mencari Musa.

“Jika ada maklumat terbaharu tentang beliau, kita akan ambil tindakan selanjutnya.

“Sehingga masa kini, kami masih menunggu maklum balas daripada pihak berkuasa di United Kingdom,” ujarnya.

Kosmo! pada 29 Jun lalu melaporkan polis telah menyerahkan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) sebagai tindakan terhadap Musa Aman yang dilaporkan berada di United Kingdom. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN