KUALA LUMPUR 11 Julai – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada pihak berkuasa Thailand yang berjaya menyelamatkan 12 kanak-kanak lelaki bersama jurulatih bola sepak mereka selepas terperangkap selama lebih dua minggu di dalam gua Tham Luang. Beliau turut menyifatkan tindakan yang diambil pasukan penyelamat dan pihak berkuasa Thailand itu sebagai sesuatu yang berani serta luar biasa. “Kami gembira misi menyelamat itu berjaya dan remaja terbabit yang terperangkap…










