PM, jemaah menteri hadir taklimat governans, integriti dan antirasuah - Utusan Malaysia

PM, jemaah menteri hadir taklimat governans, integriti dan antirasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 9 Julai – Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad melaksanakan tugas hariannya pada ulang tahun ke-93 beliau hari ini, antaranya menyertai kira-kira 160 anggota pentadbiran kerajaan termasuk jemaah menteri, mengikuti taklimat Governans, Integriti dan Antirasuah di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini.

Taklimat tertutup yang julung kali diadakan itu dijadualkan bermula 9.30 pagi, turut disertai setiausaha politik serta hampir semua anggota parlimen Pakatan Harapan (PH).

Menurut kenyataan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), taklimat itu bertujuan bagi memberi pendedahan mengenai pelbagai aspek berkaitan rasuah dan usaha pencegahan buat anggota parlimen dan anggota pentadbiran kerajaan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umumke-14(PRU14) lepas.

“GIACC menganjurkan sesi taklimat selari dengan hasrat kerajaan pimpinan Dr. Mahathir yang beriltizam mahu melahirkan pentadbiran dan negara bebasr asuah,” katanya.

Menurut GIACC, Dr Mahathir akan menyampaikan perutusan khas pada program itu, manakala Ketua Pengarahnya,Tan Seri Abu Kassim Mohamed akan memberikan taklimat mengenai peranan serta fungsi pusat itu.

Selain itu, turut dijadualkan lima pembentangan berkaitan pengisytiharan harta, penerimaan hadiah, pengurusan dan pentadbiran peruntukan anggota Parlimen,

meliputi kesalahan-kesalaha nmenerusi Akta SPRM 2009 dan kesalahan-kesalahan lazim dilakukan anggota pentadbiran serta anggota Parlimen.

“Ini bagimenjayakan agenda anti rasuah nasionalyang bermatlamatkan negara dikenali kerana integritinya dan bukan kerana rasuahnya,” katanya.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN