DAMSYIK: Pasukan Israel menyerbu beberapa rumah dan mendirikan sekatan jalan raya dalam beberapa operasi berasingan di selatan Syria semalam, lapor media tempatan.
Menurut Alikhbaria TV, tentera Israel menyerbu beberapa rumah ketika melakukan operasi di kampung Maariya, kawasan luar bandar barat wilayah Daraa.
Di wilayah Quneitra yang bersempadan dengan Daraa, pasukan Israel turut mendirikan sekatan jalan raya di laluan Ain al-Nouriya–Khan Arnaba, lapor penyiar itu.
Kejadian berkenaan berlaku ketika operasi ketenteraan Israel di wilayah Syria terus berlaku, yang turut disentuh Presiden Ahmad al-Sharaa dalam ucapannya pada sesi ke-81 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu lalu.
Sharaa berkata, Israel melancarkan hampir 500 serangan udara dan artileri serta melakukan lebih 1,200 pencerobohan ke wilayah Syria sejak akhir 2024.
Beliau turut mendakwa hampir 300 tangkapan dan penahanan dilakukan dalam tempoh berkenaan.











