Pindaan jangan sampai timbulkan ketidaktentuan - Najib - Utusan Malaysia

Pindaan jangan sampai timbulkan ketidaktentuan – Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Julai – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap Kerajaan Persekutuan melakukan sesuatu pindaan bukan semata-mata untuk membuat pindaan tetapi sebaliknya dilakukan demi penambahbaikan.

Najib berkata, jika terlaku banyak ketidaktentuan berlaku akibat pindaan boleh menjejaskan keyakinan pasaran terhadap Malaysia yang kini diiktiraf sebagai antara negara yang paling kompetitif di dunia iaitu pada tangga ke-23 oleh Forum Ekonomi Dunia.

Jelas Najib, mengikut andaian Bank Dunia, Malaysia berada di ambang sebuah ekonomi yang boleh diiktiraf sebagai maju dalam masa beberapa tahun yang akan datang.

“Saya berharap kerajaan baharu ini tidak melakukan pindaan semata-mata nak buat pindaan. Tetapi kalau nak lakukan pindaan, ia semestinya membawa kepada sesuatu penambahbaikan daripada apa yang telah kita lakukan.

“Kalau timbul banyak ketidaktentuan, maka ini boleh menjejaskan keyakinan pasaran kepada Malaysia,” kata Najib dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

 

Jelas Najib, pengiktirafan Forum Ekonomi Dunia dan Bank Dunia menunjukkan Malaysia telah dapat melaksanakan perubahan yang begitu kukuh dan berkesan pada ekonomi.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×