KUALA LUMPUR 31 Julai – Pakatan Harapan (PH) didakwa memungkiri janji apabila lantikan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) baharu dibuat bertentangan dengan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Shahril Hamdan mendakwa, berdasarkan aku janji tersebut PH menetapkan mana-mana lantikan ahli lembaga pengarah syarikat milik kerajaan (GLC) perlu terdiri dalam kalangan profesional dan bukan berdasarkan kaitan politik. Keputusan itu, ujarnya, langsung tidak mencerminkan Malaysia…










