KAKINYA tangkas mengatur langkah menuju ke salah sebuah makmal di Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Ada tugasan yang perlu diselesaikan bersama beberapa orang pelajar di bawah seliaannya. Menariknya, setiap persoalan yang diajukan dijawab secara bersahaja wanita kecil molek itu. Riak wajahnya tenang dan bibirnya juga tidak pernah lekang mengukir senyuman. Terma-terma sains yang rumit disimpulkan dalam bahasa mudah untuk difahami tanpa perlu ditanya berkali-kali. Selayaknya,…










