Pesara kerajaan rugi lebih RM85,000 akibat ditipu Macau Scam - Utusan Malaysia

Pesara kerajaan rugi lebih RM85,000 akibat ditipu Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Gara-gara terpedaya dengan panggilan daripada sindiket Macau Scam, seorang pesara kerajaan berusia 58 tahun kerugian sebanyak RM85,246.  

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa berada di rumahnya di Temerloh pada Jumaat lepas apabila dia menerima satu panggilan daripada seorang lelaki yang mendakwa sebagai kakitangan Mahkamah Tinggi Alor Setar.

Lelaki itu mendakwa kononnya mangsa mempunyai tunggakan bayaran wang caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sebanyak RM17,600.76 yang perlu dijelaskan oleh syarikat milik mangsa berdaftar di Kedah.

“Mangsa yang terkejut dengan dakwaan itu kemudian disambungkan kepada dua individu yang mendakwa sebagai (anggota) polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah memintanya membuat beberapa transaksi bagi menyelesaikan kes berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya berikutan itu, mangsa telah memberi maklumat perbankkan Internet seperti yang diminta oleh suspek dan selepas memeriksa akaunnya kemudian, mangsa mendapati berlaku beberapa transaksi pemindahan wang daripada akaunnya ke akaun pihak ketiga membabitkan jumlah keseluruhan sebanyak RM85,246. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN