Persaingan tiga penjuru - Utusan Malaysia

Persaingan tiga penjuru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pada 4 Ogos ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) dicabar Barisan Nasional (BN) dan seorang calon Bebas.

Pegawai Pengurus Bahagian PRK DUN Sungai Kandis, Datuk Ahmad Zaharin Mohd. Saad ketika mengumumkan pencalonan bagi pilihan raya kecil itu berkata, pihaknya te­lah menerima tiga kertas pencalonan bagi kerusi DUN berkenaan tanpa sebarang bantahan.

“PRK DUN Sungai Kandis akan ditandingi Mohd. Zawawi Ahmad Mughni daripada PKR, calon BN, Datuk Lokman Noor Adam dan calon Bebas, K. Murthy,” katanya pada sidang akhbar selepas pro­ses penamaan calon PRK DUN berkenaan di Dewan Besar Tanjong Maj­lis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN