KEHADIRAN pengunjung di pusat beli-belah Sunway Velocity, Cheras, Kuala Lumpur kelihatan sangat lengang pada pagi itu. Kelibat beberapa orang pekerja kelihatan sibuk mengemas kedai masing-masing sebelum dibuka kepada pengunjung. Di satu sudut seluas 30 meter persegi, keadaannya sangat berbeza kerana dikerumuni seramai 22 orang kanak-kanak. Kanak-kanak berusia dalam lingkungan empat hingga 12 tahun itu asyik bermain dan mewarna sambil diiringi beberapa petugas. Menariknya, permainan itu disediakan khusus sempena kempen A+…










