SAYA sering terbaca dan mendengar rungutan orang ramai mengenai sikap sebilangan anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri sehingga menyebabkan pelbagai masalah termasuk kesesakan jalan raya. Tidak dapat dinafikan sikap sebegini adalah antara punca berlakunya kesesakan lalu lintas terutamanya di bandar-bandar besar ketika waktu puncak. Ironinya, semua ini masih berlaku tatkala majoriti rakyat melaungkan keperluan untuk berubah setelah bersama-sama membuat keputusan besar dengan menukar kerajaan dalam pilihanraya umum…










