Penutupan jalan sempena PJ Half Marathon 2018 - Utusan Malaysia

Penutupan jalan sempena PJ Half Marathon 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Julai – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan melaksanakan penutupan jalan dan kawalan lalu lintas secara berperingkat pada Sabtu dan Ahad ini sempena acara larian PJ Half Marathon 2018 di Dataran Petaling Jaya, Jalan Timur di sini.

MBPJ dalam kenyataannya hari ini berkata, sebahagian Jalan Persiaran Barat akan ditutup pada Sabtu bermula pukul 3 petang hingga 11 pagi keesokannya untuk memberi laluan kepada kerja persiapan tempat pelepasan.

Sementara itu sebahagian daripada Jalan Timur ditutup bermula pukul 5 petang pada hari Sabtu dan dibuka semula pada hari Ahad selepas pukul 11 pagi.

“Penutupan secara berkala melibatkan Jalan Timur, Jalan Sultan, Jalan Barat, Jalan Utara, Jalan Penchala, Jalan 229, Jalan Baiduri Ss 1/22, Jalan Ss 1/36, dan Jalan Harapan.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan mengikut arahan laluan daripada pihak polis trafik Petaling Jaya dan sentiasa bersedia sepanjang acara itu berlangsung,” menurut kenyataan tersebut. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN