KUANTAN 13 Julai – Akibat diperdaya kenalan dalam laman sosial Facebook, seorang peniaga minyak gaharu di sini bukan sahaja kerugian RM80,000 tetapi terpaksa meringkuk dalam lokap di Filipina selama dua bulan sejak Mei lalu. Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Zim, 33, berkata, pengalaman pahit itu bermula apabila dia bersama dua rakan perniagaan pergi ke Mindanao, Filipina untuk berurusan membeli kayu gaharu dengan kenalan tersebut yang bertindak sebagai orang tengah.…










