SUNGAI PETANI – Seorang pengusaha butik pengantin maut manakala dua yang lain cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan enam buah kenderaan di Kilometer 5 Jalan Sungai Petani – Kuala Ketil di persimpangan lampu Isyarat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini semalam. Dalam kemalangan kira-kira pukul 11.20 malam itu, mangsa, Siti Khodijah Abdul Rahman, 34, yang membonceng motosikal Yamaha Nouvo LC maut di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman pada dada dan…










