Pengguna setia pasti teruja - Utusan Malaysia

Pengguna setia pasti teruja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Lambakan jenama telefon bimbit pintar di dunia mungkin tidak setanding kehebatan Honor 7s, sebuah lagi peranti terbaharu keluaran Honor Malaysia yang memiliki nilai kelas pertama dalam pembuatan dan spesifikasinya pada harga yang berpatutan.

Lengkap dengan skrin penuh bersaiz 5.45 inci pasti memberi pengalaman bermain permainan video, menonton dan melayari internet yang memuaskan seperti di panggung wayang.

Ketua Honor Malaysia, Zhao Zhiwei berkata, syarikat tersebut menyasarkan agar jenama itu mendapat tempat di dunia dan menjadi pemain utama dalam rekaan kelas pertama yang memenuhi permintaan pengguna setianya.

“Kami menyedari permintaan pengguna yang mahukan peranti berkualiti tinggi pada harga munasabah dan Honor 7s adalah jawapannya.

 

“Peranti ini disokong dengan pelbagai fungsi terbaharu tetapi tidak menjejaskan pengaliran duit dari dompet,” katanya pada majlis pelancaran telefon bimbit pintar tersebut.

Hadir dengan ciptaan bingkai sempit dan nisbah skrin tertinggi memberi kelebihan kepada pengguna untuk mengakses peranti tersebut menggunakan satu tangan sahaja.

Teknologi terkini yang digunakan dalam rekaan 7s membolehkan pengguna menolak skrin dengan hanya menggunakan tiga jari dari atas ke bawah untuk tangkap skrin (screenshot).

Malah kelebihan yang membolehkan pengguna menetapkan sendiri untuk mengurangkan penggunaan lampu biru, membantu mengurangkan kerosakan pada mata apabila menggunakan telefon terlalu lama.

Bagi penggemar swafoto pula, pastinya peranti ini merupakan pilihan wajib ada kerana turut dilengkapi toning flash yang boleh menyesuaikan cahaya untuk kesan toning yang betul dalam setiap gambar, malah dengan adanya gambar panorama pastinya menjadikan pengalaman fotografi lebih menarik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN