Pengecut enggan isytihar harta - Utusan Malaysia

Pengecut enggan isytihar harta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA agak kecewa dengan sikap wakil rakyat khususnya anggota Kabinet Pakatan Harapan yang masih belum mengisytiharkan aset milik mereka sehingga kini walaupun selepas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri menyarankannya.

Dr. Mahathir dilaporkan masih menunggu tetapi setakat ini tiada seorang ahli Parlimen yang berbuat demikian tidak kira anggota kerajaan mahupun pembangkang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Saya berharap Perdana Menteri dapat menetapkannya sebagai satu perkara wajib untuk semua wakil rakyat mengisytiharkan aset mereka dengan audit oleh jabatan berwajib serta Bank Negara.

Jika boleh, jadikannya satu kewajipan bagi sesiapa yang mahu menjadi calon pilihan raya supaya tidak ada lagi kes mereka yang muflis pun mahu bertanding.

Sekiranya perkara semudah mengisytihar harta pun enggan dilakukan, janganlah ada wakil rakyat yang mahu mengaku ‘suci’ atau sesuka hari menuduh orang lain rasuah sedangkan diri sendiri takut mendedahkan kekayaan sendiri.

Seperti juga orang yang enggan bersumpah demi menegakkan kebenaran, hanya kaki rasuah dan penyeleweng dana awam akan takut mengisytiharkan aset diri dan keluarga.

KHAIRUDDIN AMLI

Senawang, Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×