Pengasuh Adam Rayqal didakwa - Utusan Malaysia

Pengasuh Adam Rayqal didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELAYANG – Kisah tragis Adam Rayqal Mohd. Sufi Naeif yang mayatnya ditemui dalam peti sejuk memasuki episod baharu apabila pengasuh­nya didakwa di Mahkamah Se­syen Selayang dekat sini semalam atas pertuduhan menganiaya dan melupuskan mayat bayi itu dalam kejadian dua minggu lalu.

Bagaimanapun, Noor Aqilah Abd. Rahman, 33, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan tersebut dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Syafeera Mohd. Said.

Pertuduhan pertama, Noor Aqilah yang menjaga Adam Rayqal didakwa telah menganiaya bayi tersebut sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan pada kepala.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kesalahan tersebut didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-dua­nya sekali jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kedua, Noor Aqilah didakwa melupuskan mayat Adam Rayqal dengan niat untuk menyembunyikan kematian mangsa.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×