MELAKA – Beberapa wartawan beragama Islam dan Hindu yang membuat liputan majlis makan malam Anugerah Pencapaian Kecemerlangan Agro Malaysia terkejut apabila dihidangkan menu babi goreng di Sekolah Pay Fong di sini kelmarin.
Lebih mengecewakan, majlis yang dihadiri Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin dan ahli-ahli dewan undangan negeri itu tidak menyediakan meja khas untuk makanan halal kepada wartawan beragama Islam.
Penganjur hanya menyediakan meja makanan halal untuk tetamu kenamaan dan pemenang anugerah yang beragama Islam.
Memuatkan artikel berkaitan…
Antara wartawan yang hadir termasuklah daripada Utusan Malaysia, MelakaKini, RTM Melaka, The Star dan Tamil Nesan Daily selain beberapa wartawan daripada akhbar Cina.











