Pemuda UMNO tuntut dedah butiran lanjut kajian LRT3, HSR - Utusan Malaysia

Pemuda UMNO tuntut dedah butiran lanjut kajian LRT3, HSR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Julai – Pemuda UMNO menuntut supaya kerajaan mendedahkan butiran lanjut terhadap kajian yang dijalankan ke atas projek mega seperti Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

SHAHRIL SUFIAN

Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, ini selaras dengan perkara terakhir dalam 10 janji 100 Hari pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan iaitu untuk melaksanakan kajian terperinci mengenai projek-projek mega yang sedang dilaksanakan.

“Memandangkan telah banyak pengumuman telah dibuat mengenai projek-projek mega ini, saya mengandaikan bahawa kajian secara terperinci telah pun dijalankan.

“Justeru, saya menuntut agar butiran lanjut kajian tersebut didedahkan kepada umum bagi membuktikan slogan transparensi yang dilaungkan selama ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kementerian Kewangan semalam mengumumkan projek LRT3 dengan jarak sejauh 37 kilometer dari Johan Setia, Klang ke Bandar Utama, Petaling Jaya akan diteruskan namun pada kos yang lebih rendah, iaitu RM16.63 bilion, berkurangan 47 peratus berbanding kos asal RM31.65 bilion. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN