Pemuda maut kereta terhumban ke dalam sungai - Utusan Malaysia

Pemuda maut kereta terhumban ke dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIBU 3 Julai – Seorang pemuda maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu terhumban masuk ke dalam Sungai Merah di sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.50 pagi itu, mangsa, Ting Kwong Lim, 25, disahkan meninggal dunia selepas terperangkap di dalam kereta jenis Perodua Alza dipandunya.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian, sepasukan anggota dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Sibu telah diarahkan ke lokasi untuk melakukan operasi mencari mangsa.

Katanya, operasi menyelam dijalankan menemukan mangsa terperangkap di dalam Perodua Alza berkenaan.

“Pasukan penyelamat kemudian terpaksa menggunakan jentera kren untuk mengangkat kenderaan tersebut.

“Sebaik sahaja berjaya mengangkat Perodua Alza itu, anggota bomba mendapati mangsa sudah dalam keadaan tidak bernyawa” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ling Hii menambah, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada pukul 10.29 pagi.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN