Pemilihan ketua kampung di Perak hampir selesai - Utusan Malaysia

Pemilihan ketua kampung di Perak hampir selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 13 Julai – Pemilihan seramai 859 orang ketua kampung bagi mengisi semula kekosongan jawatan itu setelah perkhidmatan mereka ditamatkan hujung bulan lalu hampir selesai.

Pemilihan ketua kampung di Perak hampir selesai
Asmuni Awi

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Asmuni Awi berkata, pelantikan pertama akan dibuat pada akhir bulan ini setelah diperakui oleh Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu.

Katanya, hampir kesemua ketua kampung terbabit adalah dalam kalangan muka baharu.

“Pemilihan ketua kampung sebahagian besarnya sudah selesai, saya ingat lebih kurang 50 peratus. Saya cuba untuk pelantikan pertama sebelum akhir bulan ini.

“Selebihnya akan cuba diselesaikan selewat-lewatnya sebelum hujung bulan Ogos. Hampir kesemua yang dipilih adalah muka baharu cuma ahli jawatankuasanya ada campuran,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN