Pemandu samseng akhirnya ditahan - Utusan Malaysia

Pemandu samseng akhirnya ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Julai – Lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes samseng jalan raya di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya dekat sini Khamis lalu, akhirnya ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan di kawasan Sea Park dekat sini kira-kira pukul 1.30 petang.

“Reman terhadap suspek akan dibuat esok sekiranya perlu. Siasatan masih berjalan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian pukul 9 malam itu, seorang pemandu kereta Kia Cerato terkejut selepas kenderaannya dilanggar di bahagian depan sebelah kanan oleh sebuah pacuan empat roda Mitsubishi Triton di Taman Industri Bandar Sri Damansara dekat sini.

Video yang tular dalam media sosial Facebook dan WhatsApp berdurasi kira-kira lima minit itu turut memaparkan pertengkaran antara kedua-dua pemandu tersebut sebelum suspek yang memandu pacuan empat roda terbabit masuk semula ke kenderaannya.

Perang mulut antara mereka tidak berakhir di situ sebaliknya suspek bertindak agresif dengan melanggar hadapan kereta mangsa secara mengundur sebanyak dua kali sebelum melarikan diri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×