Pemandu Grab kena belasah - Utusan Malaysia

Pemandu Grab kena belasah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Seorang pemandu Grab yang didakwa merogol seorang penumpang wanita diserang dengan sebatang besi oleh suami kepada mangsa di Taman Kesidang di sini awal bulan ini.

Dalam kejadian itu, pemuda yang berusia 23 tahun mengalami kecederaan di belakang kepala dan tangan kanan akibat dipukul lelaki terbabit yang berusia 31 tahun.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad (gambar)berkata, kejadian berlaku apabila mangsa yang telah berkahwin mengambil Grab dari Melaka Sentral ke rumahnya di sekitar Kesidang kira-kira pukul 9.50 malam.

Menurutnya, setiba di rumah, wanita yang berusia 30 tahun itu enggan turun dan meminta pemandu Grab tersebut membawanya pusing-pusing terlebih dahulu kerana mendakwa sedang mengalami masalah rumah tangga.

“Dalam perjalanan pulang ke rumah, wanita terbabit mendakwa terlelap sebelum dirinya dirogol di dalam kenderaan sama.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN