MIAMI, Amerika Syarikat – Barisan pemain Manchester City yang beraksi di Piala Dunia 2018 telah memutuskan untuk kembali ke sesi latihan lebih awal dan mahu membantu pengurusnya, Pep Guardiola dalam misi mempertahankan kejuaraan Liga Perdana England musim ini.
Seramai 16 pemain City beraksi dalam kejohanan di Rusia baru-baru ini antaranya Kevin De Bruyne, Vincent Kompany, John Stones, Kyle Walker, Fabian Delph dan Raheem Sterling yang masih belum menyertai sesi latihan sehingga minggu depan.
Kesemua pemain-pemain ini telah diberikan cuti selama tiga minggu selepas kejohanan Piala Dunia 2018 itu berakhir.
Namun, Guardiola mendedahkan hanya dua daripada semua pemain tersebut tidak dapat bermain untuk aksi Piala Perisai Komuniti bertemu Chelsea pada Khamis ini.
“Kebanyakan mereka telah pulang menyertai pasukan. Jadi, kami memiliki empat atau lima hari untuk bersedia bagi aksi Piala Perisai Komuniti. Kami harus cepat-cepat menyesuaikan diri.
“Ada di antara daripada mereka akan pulang sebelum perlawanan itu.
“Jika mereka tidak dapat hadir, kami terpaksa menurunkan dengan pemain-pemain yang sedia ada,” katanya. – Agensi










