SEJAK awal zaman persekolahan di Malaysia, semua pelajar sekolah rendah mahupun menengah memakai kasut berwarna putih untuk ke sekolah. Bagaimanapun, Kosmo! pada 20 Julai lalu melaporkan lebih lima juta pelajar sekolah di seluruh negara akan memakai kasut hitam bermula tahun depan apabila Kementerian Pendidikan menggantikan penggunaan kasut putih di semua sekolah menengah dan rendah. Dalam berita tersebut, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, pelaksanaan tersebut dilakukan selepas pihaknya mendapat maklum…










