Pasangan gay dikenakan hukuman sebat - Utusan Malaysia

Pasangan gay dikenakan hukuman sebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDA ACEH 13 Julai – Pasangan gay dikenakan hukuman sebat di khalayak ramai di Aceh hari ini walaupun pihak berkuasa tempatan berikrar untuk menghentikan hukuman tersebut selepas mengundang kritikan antarabangsa.

Lelaki berkenaan dirotan lebih 80 kali kerana mengamalkan gaya hidup songsang yang diharamkan menurut undang-undang Islam.

Mereka merupakan antara 15 orang yang disebat di luar sebuah masjid dekat sini atas pelbagai jenayah termasuk meminum dan menjual arak dan bercumbu di khalayak ramai.

‘Pasangan’ tidak dikenal pasti itu ialah pasangan gay kedua dikenakan hukuman sedemikian di Aceh tahun ini.

Menurut pihak berkuasa, mereka ditangkap di sebuah salon kecantikan awal tahun ini dan telah diserahkan kepada pihak polis.

Aceh satu-satunya wilayah di Indonesia melaksanakan undang-undang Islam. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN