Pas persoal kenapa A.Kadir tidak dikenakan tindakan - Utusan Malaysia

Pas persoal kenapa A.Kadir tidak dikenakan tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Julai – Komitmen kerajaan Pakatan Harapan (PH) mempertahankan institusi raja-raja Melayu dipersoal memandangkan sehingga kini masih tiada tindakan undang-undang diambil terhadap bekas Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan, Datuk A. Kadir Jasin selepas mencetuskan kontroversi kerana mendedahkan perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhamad V.

Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali
Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali

Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali (Pas-Kuala Nerus) berkata,  Malaysia mempunyai akta yang mencukupi seperti Akta Hasutan namun dapat dilihat adakah mereka yang terlibat dalam perkara ini telah diambil tindakan sewajarnya oleh kerajaan PH.

“Sudah ada peraturan di dalam Akta Hasutan tetapi adakah mereka yang terlibat mengancam institusi raja-raja Melayu ini dikenakan tindakan.

“Bekas ahli Majlis Penasihat Kerajaan (A. Kadir) apa tindakan yang dibuat? Kenapa Yang di-Pertuan Agong dijadikan sasaran, dikeluarkan satu persatu maklumat dan kemudian tersebar luas kepada rakyat,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN