Pas enggan layan ‘pujukan’ UMNO berkempen di Sg Kandis - Utusan Malaysia

Pas enggan layan ‘pujukan’ UMNO berkempen di Sg Kandis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 24 Julai – Pas menafikan pihaknya merancang mengadakan satu program bersama UMNO sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis.

Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah
Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kononnya kedua-dua parti telah sepakat untuk mengadakan satu program bersama tidak benar.

Tegas beliau, sehingga kini tiada sebarang perbincangan antara Pas dan Umno berhubung PRK tersebut atau mana-mana program berkaitan dengannya.

“Mana boleh bersama, kita parti lain-lain, mungkin itu harapan dia. Dia nak pujuk kita tapi kita tidak akan berkempen, turun pun tidak,” katanya ketika ditemui selepas sesi pagi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini hari ini.

Ismail Sabri yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor mendakwa kedua-dua pihak sepakat untuk mengadakan satu program bersama sempena PRK Sungai Kandis.

Menurut beliau, program itu nanti diharap dapat mempertemukan wakil dua parti itu di atas pentas yang sama, walaupun tidak dianjurkan secara rasmi atas nama parti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN