KUALA LUMPUR – Kerajaan akan membentangkan usul bagi memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) minggu depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong. Beliau berkata, rang undang-undang pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan menggantikan GST juga dijangka dibentang minggu depan. “(Usul untuk memansuh GST) Rasa saya minggu depan, mungkin pada Isnin,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini. Ditanya sama ada rang undang-undang SST akan…










